Penulis artikel sambilan atau freelance adalah individu yang menulis artikel secara kontrak atau bebas tanpa terikat kepada mana-mana syarikat atau organisasi tertentu. Mereka biasanya bekerja dari rumah atau lokasi pilihan mereka sendiri dan dibayar berdasarkan bilangan artikel yang dihasilkan. Penulis artikel sambilan mempunyai fleksibiliti dari segi waktu kerja dan boleh memilih projek penulisan yang sesuai dengan kemahiran dan minat mereka.
Penulis artikel SEO (Search Engine Optimization) adalah penulis yang menghasilkan kandungan dengan tujuan untuk mengoptimumkan kedudukan laman web dalam hasil carian enjin seperti Google. Mereka menggunakan teknik-teknik SEO seperti penggunaan kata kunci, pengstrukturan artikel, dan pautan dalaman untuk meningkatkan keterlihatan dan trafik organik ke laman web. Penulis artikel SEO perlu memahami algoritma carian terkini dan menghasilkan kandungan yang bukan sahaja mesra SEO, tetapi juga menarik dan bermanfaat kepada pembaca.
Peranan penulis artikel semakin penting, lebih-lebih lagi dalam dunia SEO yang baru yang lebih menumpukan kepada entiti berbanding kata kunci seperti dulu. Syarikat memerlukan penulis artikel yang boleh menghasilkan kandungan yang berkualiti dan sesuai dengan kehendak algoritma carian terkini.
Penulis Artikel
Apa Syarat dan Kelayakan Penulis Artikel Freelance/Sambilan?
Untuk menjadi seorang penulis artikel freelance yang berjaya, anda perlu memenuhi beberapa syarat dan kelayakan berikut:
- Fasih dalam Bahasa Melayu, di mana anda bukan sahaja perlu pandai menulis dalam Bahasa Melayu, tetapi juga menggunakannya dalam perbualan harian. Ini penting untuk menghasilkan artikel dengan nada penulisan yang santai dan mesra pembaca.
- Artikel yang ditulis perlu menggunakan nada penulisan yang santai dan bersahaja, seperti perbualan harian dengan rakan. Elakkan nada penulisan yang terlalu formal atau seperti buku teks yang membosankan pembaca.
- Sebagai penulis artikel freelance, anda perlu kreatif dan pandai membuat penyelidikan sendiri untuk menghasilkan kandungan yang berkualiti dan menarik.
Apa Skop Kerja Penulis Artikel Freelance/Sambilan?
Berikut ialah skop kerja seorang penulis artikel freelance:
- Penulis akan diberikan tajuk artikel dan perlu menghasilkan kandungan yang berkaitan dan menarik.
- Penulis perlu menghasilkan pelbagai jenis kandungan termasuk artikel berkaitan travel, food, dan panduan (how-tos). Untuk artikel travel dan food, penulis perlu merujuk tempat menarik atau tempat makan yang popular, dan menulis semula kandungannya tanpa plagiat.
- Penulis perlu mematuhi panjang artikel yang ditetapkan. Untuk artikel travel, panjangnya ialah 1,500 – 3,000 patah perkataan. Untuk artikel food pula, panjangnya ialah 500 – 750 patah perkataan untuk satu lokasi, atau 1,000 – 1,250 patah perkataan untuk kompilasi tempat makan. Artikel panduan pula perlu ditulis dalam 7500 – 1,000 patah perkataan.
- Penulis mesti mematuhi deadline. Deadline untuk satu artikel ialah 2 hari. Secara purata, penulis dikehendaki menghasilkan 4 artikel seminggu, bergantung kepada ketersediaan kerja.
Berapa Kadar Bayaran Penulis Artikel Freelance/Sambilan?
Kadar bayaran untuk penulis artikel freelance adalah seperti berikut:
- Artikel panduan (how-tos): RM50 untuk 500-750 patah perkataan
- Artikel travel & food: RM70 untuk 1,000-1,250 patah perkataan
Walaupun kadar ini mungkin dilihat rendah oleh sesetengah orang, ia adalah berpatutan memandangkan kerja ini boleh dilakukan dari rumah dan tidak memerlukan penulisan yang terlalu kompleks atau ilmiah. Kadar bayaran juga boleh dinaikkan sekiranya hasil kerja penulis berkualiti tinggi dan konsisten.
Adakah Lokasi Kerja Penulis Freelance Fleksibel?
Ya, kerja sebagai penulis artikel freelance menawarkan fleksibiliti dari segi lokasi kerja. Anda boleh bekerja dari rumah (work-from-home) atau mana-mana lokasi yang anda selesa, asalkan anda mempunyai komputer riba dan akses internet. Yang penting adalah kerja disiapkan mengikut deadline yang ditetapkan.
Ada Peluang Kenaikan Pangkat?
Ya, sekiranya anda menunjukkan prestasi yang baik sebagai penulis artikel, anda berpeluang untuk diberi tugas tambahan seperti menyemak dan mengedit artikel yang ditulis oleh penulis lain (proofreading). Anda juga boleh menulis dalam dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) sekiranya anda mahir dalam kedua-dua bahasa. Ini boleh membawa kepada peluang kenaikan pangkat dan bayaran yang lebih tinggi.
Adakah Perlu Kerjasama dalam Pasukan?
Ya, walaupun kerja penulisan selalunya dilakukan secara individu, anda masih perlu berkebolehan untuk bekerjasama dalam pasukan. Ini termasuk mengikut arahan yang diberikan, mematuhi format dan garis panduan yang ditetapkan, dan sentiasa berkomunikasi dengan penyelia atau ketua pasukan anda.
Kenapa Syarikat Mencari Penulis Artikel Freelance?
Syarikat mencari penulis artikel freelance kerana erdapat permintaan yang tinggi untuk penulisan artikel Bahasa Melayu yang berkualiti dan menarik minat pembaca di Malaysia. Walau bagaimanapun, agak sukar untuk mencari penulis yang benar-benar berbakat dan boleh mengikut arahan dengan baik.
Ramai yang mengaku sebagai penulis yang bagus, tetapi hakikatnya menghasilkan artikel yang mempunyai banyak kesalahan tatabahasa, ejaan, dan struktur ayat yang lemah. Oleh itu, tujuan utama pencarian penulis artikel freelance ini adalah untuk mencari bakat baru yang boleh memeriahkan penulisan Bahasa Melayu dalam konteks yang diterima oleh masyarakat umum.
Walaupun gaya penulisan ini mungkin berbeza daripada standard formal seperti yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ia adalah realiti semasa dan memenuhi kehendak pembaca. Sebagai penulis artikel freelance, anda perlu bersedia untuk menyesuaikan diri dengan gaya penulisan ini.
Adakah Penulis Freelance Perlu Faham SEO Berasaskan Entiti?
Ya, penulis artikel perlu faham apa itu SEO berasaskan entiti. Ia melibatkan mengenal pasti dan memahami entiti, iaitu topik, konsep, atau objek yang berkaitan dengan kandungan laman web. Dengan memahami entiti dan kaitan antara entiti, penulis boleh hasilkan kandungan yang lebih menyeluruh dan bermanfaat.
Adakah Penulis Freelance Perlu Buat Penyelidikan Mendalam?
Ya, penulis artikel kena buat penyelidikan yang mendalam tentang topik yang diberi. Ini bermakna mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber yang boleh dipercayai, seperti kajian, laporan industri, dan pendapat pakar. Penyelidikan yang teliti membolehkan penulis hasilkan kandungan yang berwibawa, informatif, dan relevan kepada pembaca.
Penulis artikel juga perlu faham siapa audiens mereka. Ini termasuk mengenal pasti demografi, minat, dan keperluan audiens. Dengan pemahaman ini, penulis boleh sesuaikan kandungan supaya memenuhi jangkaan dan keperluan audiens, serta guna nada dan gaya yang sesuai.
Penulis artikel perlu ada kemahiran menulis yang baik. Ini termasuk kebolehan untuk menulis dengan jelas, padat, dan menarik. Penulis kena dapat sampaikan maklumat yang sukar dengan cara yang senang difahami, sambil mengekalkan ketepatan dan keaslian kandungan.
Adakah Penulis Freelance Perlu Ada Pengetahuan Teknikal?
Tidak, penulis artikel tidak perlu ada pengetahuan teknikal dalam SEO atau WordPress. Namun, penulis artikel freelance yang mempuinyai kemahiran dan pengetahuan teknikal tentang SEO dan amalan terbaik penulisan web adakan diberikan keutamaan.
Ini termasuk faham tentang struktur URL, penggunaan tajuk, pengoptimuman imej, dan faktor lain yang memberi kesan kepada prestasi SEO. Pengetahuan ini membolehkan penulis optimumkan kandungan untuk lebih mudah dilihat dan dapat kedudukan yang lebih baik dalam hasil carian.
Bagaimana Cara Memohon Kerja Kosong Penulis Artikel Freelance?
Sekiranya anda berminat dan merasakan anda layak untuk menjadi penulis artikel freelance, anda boleh memohon dengan mengisi borang yang disediakan di bawah ini.
Apa Format Penghantaran Contoh Penulisan Untuk Permohonan?
Apabila memohon untuk kerja penulis artikel freelance, anda perlu menghantar contoh penulisan yang berkaitan dengan jenis artikel yang anda ingin tulis (cth: artikel panduan atau artikel travel). Contoh penulisan ini perlu mengikut format dan gaya penulisan yang diperlukan. Elakkan menghantar tesis, kertas penyelidikan, puisi, skrip drama, atau artikel viral yang tidak berkaitan.
7 Comments
Nak try
Saya berminat
tak jumpa borang…huhu
Hai..cuba awak tekan perkataan ‘hubungi’ tu, lepas tu back balik. saya buat macam tu dapat borang tu.
Saya berminat tetapi tidak pernah ada artikel penulisan sendiri… Jadi, boleh mohon ke sebagai freelance penulis?
Saya pelajar degree penulisan, saya ingin mencuba menjinakkan diri .
nak try