Ada beberapa situasi, kita memerlukan cadangan untuk tempat makan sedap di sesuatu lokasi. Apa yang kita buat? Selalunya, hanya Google dan baca satu persatu. Penat bila cuba baca review yang bermacam-macam. Apa guna pergi tempat menarik di Malaysia, kalau tidak makan sekali bukan? Maka izinkan kami senaraikan beberapa blog makanan sedap di Malaysia yang pastinya best, menarik dan halal.
Blog makanan di Malaysia
MySelera
Ada banyak lokasi yang disenaraikan di MySelera. Cuma sudah agak lama tidak dikemaskini. Maka, tidak pasti samada masih relevan atau tidak.
Hazman Fadzil
Ini antara blog otai yang sudah lama bertapak di Malaysia. Beliau juga selalu masuk TV dan surat khabar. Sayangnya, lama juga sudah tidak dikemaskini.
Vocket Makan
Di sini, banyak review tentang kedai yang jarang orang masuk dan hipster.
Akhir kata
VulcanPost ada menulis tentang Malaysian Food Blogger yang mempunyai review yang bagus. Cuma masalahnya di sini, ia bercampur-campur antara yang halal atau tidak. Sebagai seorang Muslim, mencari yang halal itu wajib. Sedap itu yang kedua.
Apa-apa pun, semoga senarai ini dapat membantu anda. Dan semoga kenyang dan bersyukur selalu.
Jika ada blog makanan sedap di Malaysia yang lain yang anda tahu, mohon kongsikan di ruangan komen.
2 Comments
macamna nak share url blog saya kat website tuan puan nie
Malaysia mmg kalau bab makanan,bg ada viral ja,berbaris org ,love Malaysia ku