Close Menu
Semantic.mySemantic.my
    What's Hot

    SEM Agency in Malaysia

    April 9, 2025

    SEO Content Writing in Malaysia

    April 9, 2025

    Content Writing Services in Malaysia

    April 9, 2025
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Semantic.mySemantic.my
    • Home
    • Digital Marketing
    • Content and Writing
    • SEO
    Semantic.mySemantic.my
    Home / Blog
    MSU ribut
    Blog

    MSU dilanda ribut dan 44 rumah rosak

    Adam HarisBy Adam HarisJanuary 27, 20224 Mins Read

    27 Januari yang lalu sebuah universiti swasta ternama di Malaysia, MSU (Management and Science University) di  Sekyen 13, Shah Alam telah dilanda hujan lebat bersama ribut angin kencang. Ribut itu telah mengakibatkan bumbung MSU jatuh dan ada syiling yang telah tercabut.

    Kepingan-kepingan bumbung yang merbahaya itu jatuh dari tingkat dua disebuah bangunan selepas ditiup angin ribut kencang seperti yang dilaporkan oleh K! Online.

     Imej dan video selepas bumbung MSU jatuh dikongsikan

    Selepas kejadian ribut kencang itu telah reda, beberapa gambar dan video dari tempat kejadian telah dikongsikan orang awam dan juga pihak media.

    Video orang awam merakam kesan selepas ribut di Management & Science University (MSU) Shah Alam. pic.twitter.com/LTjzjLxjV3

    — Media Selangor (@Media_Selangor) January 27, 2022

    Kalau dilihat pada gambar ada syiling yang jatuh tercabut dan keadaan bumbung yang diperbuat dari zink itu jatuh dalam keadaan yang remuk dan merbahayakan keadaan sekeliling.

    Walau tiada lagi ribut berlaku hujan masih berterusan di kawasan kejadian.

    Lagi visual kerosakan yang dialami di Management & Science University (MSU) Shah Alam pic.twitter.com/qEFFEgrvIY

    — Media Selangor (@Media_Selangor) January 27, 2022

    Tiada kemalangan jiwa akibat ribu kencang yang berlaku di MSU

    Pihak MSU telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada kemalangan jiwa di kawasan mereka ketika kejadian yang tidak diduga itu berlaku melalui ciapan Twitter rasmi MSU Malaysia.

    Berita berikutan hujan lebat seperti yang dilaporkan petang tadi, kami bersyukur yang tiada sebarang kemalangan jiwa terbabit. Hati-hati dan jaga diri, #MSUrians.

    Following the heavy rain storm reported this evening, we are grateful that there were no casualties involved. Be safe and take care, #MSUrians.#MSUmalaysia pic.twitter.com/nJHljRqSov

    — 🌺 MSU Malaysia (@MSUmalaysia) January 27, 2022

    Syukur tiada yang tercedera mahupun ada kemalangan jiwa berlaku walaupun MSU dilanda ribut kencang berserta hujan lebat. Ini sebab bumbung tersebut kalau dilihat diperbuat dari zink dan agak tajam. Ianya merbahaya untuk orang awam jika terkena bumbung yang diterbangkan ribut angin kencang yang tak diduga itu.

    Kawasan lain juga terkena selain MSU

    Selain berita MSU dilanda ribut menjadi isu semasa yang hangat diperkatakan di media sosial dan juga media

    Kawasan di Shah Alam yang turut terkena tempias adalah kawasan perumahan Kampung Bunga Raya, Seksyen 22 yang berlaku pada belah waktu petang. Di mana hampir 40 buah rumah rosak akibat bumbung rumah mereka tercabut dan diterbangkan oleh ribut kencang dan juga hujan batu. Hujan lebat yang diikuti pusaran angin yang kecil itu telah muncul pada pukul 5.30 petang.

    Seperti yang dikongsikan oleh Pemangku Ketua Kampung Batu 3, Mohd Syafiq Ali Bajunid Omar kepada Bernama,

    “Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dan pihak kami bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah membuka pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna MBSJ Batu Tiga untuk kemudahan penduduk yang terkesan akibat ribut petang tadi,”

    Kawasan tersebut juga antara kawasan yang terjejas teruk ketika bah banjir melanda Selangor pada bulan lepas. Ianya diceritakan oleh Norhaslinda Nayan pada Bernama yang merupakan penduduk disitu.

    Ketika banjir baru-baru ini, air naik sehingga paras siling rumah, saya baru sahaja balik dari PPS awal bulan ini namun tidak sampai beberapa hari, sekali lagi kami diduga dengan ribut seperti ini

    Kejadian ribut yang pertama dialami MSU

    Ianya kali pertama bagi univerisiti swasta ternama MSU dilanda ribut berserta hujan lebat.

    Ini adalah kejadian ribut petir paling teruk bagi penduduk Kampung Bunga Raya di Seksyen 22 selama 10 tahun menetap disitu seperti dipetik oleh Bernama.

    Ribut yang melanda tidak begitu lama namun cukup menggerunkan seperti ada puting beliung di atas bumbung dan bunyi hujan di luar seolah-seolah hujan batu kerana terlalu kuat

    MSU selepas dilanda ribut Ahli Parlimen Shah Alam turun padang

    Angin kencang yang melanda MSU  dan penduduk di Kampung Bunga Raya itu telah menarik perhatian Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad untuk gegas turun ke tempat kejadian dan meninjau keadaan serta fasiliti di dua lokasi yang terjejas itu.

    Kami juga melawat kampus MSU Seksyen 13 yg juga mengalami kerosakan akibat ribut semalam.

    InshAllah kami cuba memberi bantuan bagi meringankan beban keluarga yang terkesan. pic.twitter.com/FDSLvCUiMS

    — Khalid Samad (@KhalidSamad) January 28, 2022

    MSU ribut : Ramalan kaji cuaca ribut petir telah dikeluarkan pada tarikh yang sama

    Jabatan Meteorologi Malaysia juga telah mengeluarkan amaran ribut petir pada 27 Januari pada waktu 5:10 petang pada hari kejadian. Kalau dilihat pada gambar peta daerah Petaling yang mana merupakan kawasan berdekatan Shah Alam juga dilanda ribut petir. Oleh itu MSU dan juga Kampung Bunga Raya antara yang terkena tempias ribut petir seperti yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.

    AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/q4pnxboYiK

    — Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) January 27, 2022

    Akhir kata

    Kita ni kalau lama-lama terperuk dekat rumah bosan juga. Naklah juga kadang-kadang keluar menikmati udara sepoi-sepoi dan cuci-cuci mata tengok benda hijau.

    Tapi dalam awal-awal bulan ni jangan lupa nak check ramalan kaji cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorolgi Malaysia. Boleh follow juga laman rasmi Twitter mereka. Bak kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”. Sebab sekarang ni cuaca tak menentu dan mungkin boleh membahayakan nyawa kita.

    Akhir kata, semoga pelajar dan tenaga kerja MSU, juga dengan penduduk di kawasan Kampung Bunga Raya di Seksyen 22 dipermudahkan urusan dan dilindungi dari segala kejadian yang tidak diingini berlaku.

    Share. Facebook WhatsApp Telegram LinkedIn
    Adam Haris

    Related Posts

    Blog

    SEM Agency in Malaysia

    April 9, 2025
    Blog

    SEO Content Writing in Malaysia

    April 9, 2025
    Blog

    Content Writing Services in Malaysia

    April 9, 2025
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Latest

    SEM Agency in Malaysia

    April 9, 2025

    SEO Content Writing in Malaysia

    April 9, 2025

    Content Writing Services in Malaysia

    April 9, 2025

    SEO Cost In Malaysia

    April 9, 2025

    SEO Agency In Malaysia

    April 9, 2025

    SEO Malaysia Paling Murah

    March 22, 2025

    Servis SEO Malaysia

    March 22, 2025

    Pakar SEO Malaysia

    March 22, 2025

    How to Rank on Google Page 1 in Malaysia

    March 22, 2025

    Freelance SEO in Malaysia

    March 22, 2025
    About Us

    We are an independent SEO consultant based in Kuala Lumpur, Malaysia. We cover semantic SEO, technical SEO and more.

    Most Popular

    Penulis Artikel Diperlukan Untuk Kerja Freelance/Sambilan

    Blog Travel Yang Best

    Blog Makanan Malaysia (Yang Sedap, Best, Menarik & Halal)

    Our Picks

    SEM Agency in Malaysia

    April 9, 2025

    SEO Content Writing in Malaysia

    April 9, 2025

    Content Writing Services in Malaysia

    April 9, 2025
    Semantic.my
    • About Us
    • Contact Us
    • I’m Interested
    © 2025 Semantic.my

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.